Kemudahan Cuti
56 (iii) tempoh menunggu di luar negara yang tidak dapat dielakkan kerana urusan perjalanan setempat, seperti yang diperuntukkan di bawah Perintah Am 36 Bab C (Cuti) Tahun 1974. “ tempoh ikatan berkhidmat ” ertinya tempoh pegawai dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan, sama ada dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan Persekutuan atau Pihak Berkuasa Tempatan Negeri, setelah tamat tempoh cuti belajar dan lapor diri bertugas sama ada tamat kursus dengan jayanya atau tidak; PRINSIP-PRINSIP ASAS 8. Prinsip asas pemberian kemudahan cuti belajar adalah seperti yang berikut: (i) cuti belajar diberikan kepada pegawai untuk mengikuti kursus bagi pembangunan kompetensi dan bukan untuk kemajuan kerjaya. Kelayakan yang diperoleh daripada kursus tidak menjamin pegawai dilantik atau dinaikkan pangkat ke suatu jawatan atau gred jawatan yang lebih tinggi; (ii) pegawai yang menghidap penyakit kronik, berjangkit atau penyakit yang memerlukan rawatan susulan tidak dibenarkan memohon mengikuti kursus di luar negara dan hanya dibenarkan memohon kursus di dalam negara; (iii) pegawai hendaklah memenuhi tempoh minimum berkhidmat yang ditetapkan sebelum dipertimbangkan kemudahan cuti belajar. Pegawai yang ditukar lantik atau dilantik ke jawatan lain dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan, tempoh perkhidmatan terdahulu dalam kumpulan perkhidmatan yang sama dengan jawatan yang ditukar lantik atau dilantik akan diambil kira, manakala tempoh perkhidmatan terdahulu yang berbeza dengan kumpulan perkhidmatan jawatan yang ditukar lantik atau dilantik tidak diambil kira. Prinsip ini dikecualikan bagi kursus-kursus berkaitan pembangunan kompetensi khusus demi kepentingan perkhidmatan; (iv) pegawai hendaklah memenuhi tempoh menunggu ( grace period ) yang ditetapkan sebelum layak dipertimbangkan kemudahan cuti belajar yang berikutnya; (v) pegawai yang diluluskan untuk mengikuti pengajian dengan tajaan lain boleh diberi kemudahan cuti belajar mengikut kelayakan masing-masing;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy