Kemudahan Cuti
55 “kursus jangka panjang” ertinya kursus sepenuh masa yang tempohnya berturutan melebihi 12 bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am dan cuti akademik; “kursus jangka sederhana” ertinya kursus sepenuh masa yang tempohnya berturutan melebihi tiga bulan tetapi tidak melebihi 12 bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am dan cuti akademik; “pegawai” ertinya pegawai yang sedang berkhidmat yang dilantik secara tetap dalam perkhidmatan awam Persekutuan atau mana-mana pegawai lain yang menerima biasiswa daripada Kerajaan Persekutuan; “ penalti ” ertinya tindakan yang dikenakan ke atas pegawai yang menerima kemudahan cuti belajar dengan biasiswa akibat daripada pelanggaran apa-apa syarat cuti belajar dalam surat tawaran dan/atau perjanjian; “Pihak Berkuasa Melulus” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau mana-mana pegawai yang diturunkan kuasa oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk menjalankan tugas meluluskan permohonan cuti belajar dan biasiswa. “tajaan lain” ertinya kemudahan yang diberikan oleh mana-mana pihak selain Kerajaan Persekutuan termasuklah tajaan oleh badan asing yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Melulus atau pembiayaan sendiri, bagi menampung kos pengajian atau membiayai yuran pengajian, elaun dan kemudahan-kemudahan lain semasa pegawai berada dalam tempoh cuti belajar; “tamat kursus” ertinya pegawai yang melengkapkan pengajian dengan jaya dan mengemukakan bukti tamat kursus dalam tempoh yang ditetapkan dalam Lampiran SR.5.1.8(B) ; “ tempoh cuti belajar ” ertinya suatu tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus yang meliputi — (i) tempoh kursus yang diikuti termasuk hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am dan cuti akademik yang jatuh dalam tempoh kursus itu; (ii) tempoh perjalanan ke tempat kursus dan perjalanan balik selepas kursus mengikut jalan yang paling dekat; dan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy