Kemudahan Cuti
53 CERAIAN SR.5.1.8 KEMUDAHAN CUTI BELAJAR DAN BIASISWA DALAM PERKHIDMATAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menetapkan peraturan berkaitan dengan kemudahan cuti belajar dan biasiswa dalam perkhidmatan. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan melalui Perintah Am 36 Bab C (Cuti) Tahun 1974 telah memperuntukkan kemudahan cuti kerana berkursus kepada pegawai untuk mengikuti apa jua jenis kursus latihan atau pengajian yang diakui sama ada dengan gaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji dan sama ada untuk kursus diploma, ijazah asas, lepasan ijazah atau kursus lanjutan dan tertakluk kepada kelulusan Kerajaan. 3. Bagi tujuan Ceraian ini, peruntukan sedia ada mengenai Cuti Kerana Berkursus dalam Perintah Am 36 Bab C (Cuti) 1974 adalah dirujuk sebagai cuti belajar. 4. Perintah Am 4(1) Bab C (Cuti) 1974 memperuntukkan kuasa untuk meluluskan cuti kerana berkursus kepada pegawai awam Persekutuan ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pula merupakan agensi pusat yang bertanggungjawab dalam perihal biasiswa Kerajaan dan latihan. Walau bagaimanapun, mengambil kira prinsip penurunan kuasa di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985: Perwakilan Kuasa dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, KPPA telah membuat penurunan kuasa bagi kelulusan cuti belajar dan pengurusan biasiswa kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pertahanan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan dalam surat edaran yang berkenaan seperti di Lampiran SR.5.1.8(A) . 5. Bagi maksud pelaksanaan dasar pemberian dan pelaksanaan kemudahan cuti belajar, Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Awam Yang Mengikuti Kursus Jangka Sederhana dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa yang berkuat kuasa sejak tahun 2009. Seterusnya, dasar berkenaan dengan tindakan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy