Kemudahan Cuti

60  (ii) mengarahkan pegawai kembali melaporkan diri bertugas sekiranya wujud keperluan mendesak untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai yang sedang bercuti dan pegawai dikehendaki mematuhinya; (iii) merekodkan kelulusan Cuti Menjaga Anak di bawah Ceraian ini dan termasuk merekodkan pindaan kepada tempoh Cuti Menjaga Anak yang dipendekkan dan tarikh pegawai kembali bertugas, dalam rekod perkhidmatan pegawai; (iv) membuat pelarasan gaji bagi pegawai yang diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang melibatkan pergerakan gaji selepas pegawai melapor diri untuk bertugas; dan (v) mengemukakan salinan kelulusan kemudahan Cuti Menjaga Anak kepada Bahagian Sumber Manusia kementerian/ jabatan/ agensi untuk tujuan perancangan pengurusan sumber manusia. Pemendekan Tempoh Cuti Menjaga Anak 13. Permohonan untuk memendekkan tempoh Cuti Menjaga Anak yang bersambung dengan Cuti Bersalin bagi pegawai wanita atau Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin bagi pegawai wanita dan lelaki adalah dilaksanakan mengikut tatacara yang berikut: (i) pegawai boleh, pada bila-bila masa dalam tempoh Cuti Menjaga Anak yang sedang berkuat kuasa, memohon kepada Ketua Jabatan untuk memendekkan tempoh Cuti Menjaga Anak dan menimbangkan suatu tarikh untuk pegawai kembali bertugas; (ii) pegawai hendaklah mengemukakan permohonan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh kembali bertugas yang dipohon; dan (iii) Ketua Jabatan boleh membenarkan pegawai kembali bertugas pada tarikh yang dipohon atau pada mana-mana tarikh, bergantung kepada kekosongan jawatan yang telah ditinggalkan oleh pegawai itu untuk bercuti menjaga anak.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy