Kemudahan Cuti

59  Permohonan Kemudahan Cuti Menjaga Anak seperti di Lampiran SR.5.2.2(A) berserta salinan dokumen-dokumen yang berikut: (a) perakuan bersalin bagi pegawai wanita yang menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan telah tiada baki Cuti Bersalin; (b) Sijil Kelahiran Anak/ MyKid; (c) Sijil Kelahiran Anak/ MyKid berserta Sijil Pendaftaran Nikah/ Sijil Perkahwinan bagi anak tiri tanggungan; (d) Sijil Pendaftaran Pengangkatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi anak angkat de facto; (e) Sijil Kelahiran Anak/ MyKid bagi pengangkatan di bawah Perintah Mahkamah; atau (f) Sijil Kelahiran Anak/ MyKid (jika ada) atau Perintah Mahkamah Bagi Kanak-kanak atau Surat Tawaran Anak Pelihara oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat atau Borang 13 Akta Kanak-kanak 2001 Kebenaran Bagi Pengambilan Kanak-kanak. (v) permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan; dan (vi) pegawai dikehendaki melapor diri bertugas sebaik sahaja tamat tempoh Cuti Menjaga Anak atau apabila hubungan antara pegawai dan anak kandung, anak tiri tanggungan, anak angkat de facto, anak angkat dan anak pelihara terputus atas sebab kematian anak atau lucut hak penjagaan. Tanggungjawab Ketua Jabatan 12. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk: (i) memberi pertimbangan dan kelulusan sewajarnya terhadap permohonan pegawai dengan mengambil kira keperluan perkhidmatan supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas khususnya bagi perkhidmatan- perkhidmatan perlu (essential services) mengikut perkhidmatan yang disenaraikan di bawah Jadual Satu (1), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177];

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy