53 CERAIAN SR.5.2.2 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan dengan penambahbaikan kemudahan Cuti Menjaga Anak. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Cuti Menjaga Anak yang diperuntukkan kepada pegawai wanita secara tanpa gaji bagi tujuan menjaga dan menyusukan bayinya telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2014: Kemudahan Cuti Menjaga Anak. 3. Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 - Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, selaras dengan keprihatinan kepada institusi kekeluargaan dalam konteks penjagaan anak, Kerajaan telah bersetuju untuk memanjangkan kemudahan ini kepada pegawai lelaki. Tafsiran 4. Dalam Ceraian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: “anak kandung” bermaksud anak sendiri. “anak tiri tanggungan” bermaksud anak kepada suami hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu (bukan darah daging sendiri) yang tinggal bersama dan ditanggung nafkahnya. “anak angkat de facto” bermaksud seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh pegawai sebagai anaknya di bawah sesuatu pengangkatan de facto, dan bagi suatu tempoh tidak kurang daripada dua (2) tahun yang berterusan dan sebelum sahaja dari tarikh permohonan tersebut di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253].
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy