27 SR.5.1.5 i. menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia; ii. mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan; iii. menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai; iv. dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya; v. menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga; vi. mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara); vii. menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi; viii. menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan ix. perkahwinan pegawai atau anak pegawai. 12. Pegawai yang telah diluluskan Cuti Rehat Khas melebihi dari bilangan yang dilayaki secara prorata dan kemudiannya tidak dapat memenuhi tempoh perkhidmatan yang melayakkan cuti tersebut pada tahun berkenaan, urusan pemotongan emolumen hendaklah dilakukan sebagai mengganti cuti yang telah terlebih diambil. 13. Dalam keadaan di mana jenis cuti yang diperuntukkan kepada pegawai bertukar dari Cuti Rehat Khas kepada Cuti Rehat, atau sebaliknya, pegawai adalah tertakluk kepada peraturan seperti berikut: i. layak diberikan Cuti Rehat Khas atau cuti rehat secara prorata mengikut jenis cuti yang diguna pakai; ii. apabila pegawai bertukar tempat bertugas atau jenis cuti, baki Cuti Rehat Khas atau cuti rehat di tempat atau jawatan terdahulu tidak boleh digunakan di tempat bertugas atau jawatan baharu; iii. pemotongan emolumen seperti di perenggan 12 atau pelarasan cuti tidak perlu dibuat ke atas Cuti Rehat Khas yang telah diambil melebihi bilangan yang dilayaki secara prorata; dan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy