Kemudahan Cuti

43  Kadar kelayakan Cuti Rehat Khas pegawai akan bertambah dari 10 hari kepada 15 hari setahun mulai 1 September 2022 mengambil kira pegawai telah mencapai genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan iaitu dikira mulai tarikh lantikan (2 Januari 2009) pada 1 Januari 2019. Contoh 4: Puan Dayana merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik pada 1 Mac 2012. Beliau telah diarahkan mengajar di Sekolah B dan menikmati kemudahan cuti penggal sekolah. Beliau telah mengambil Cuti Tanpa Gaji Mengikut pasangan mulai 1 Januari 2019 hingga 31 Januari 2021. Kadar kelayakan Cuti Rehat Khas pegawai pada 1 September 2022 adalah kekal sebanyak 10 hari mengambil kira pegawai belum mencapai genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan iaitu dikira mulai tarikh lantikan pegawai (1 Mac 2012) dan tempoh pegawai Cuti Tanpa Gaji Mengikut pasangan tidak dikira sebagai tempoh perkhidmatan yang melayakkan. SIMULASI KELAYAKAN CUTI PEGAWAI YANG BERTUKAR JENIS CUTI Contoh 1: Encik Aiman merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai pentadbir pada 1 Januari 2018. Beliau telah diarahkan bertukar ke sekolah sebagai guru berkuat kuasa pada 1 Mei 2018 dan diperuntukkan Cuti Rehat Khas (CRK) menggantikan Cuti Rehat Tahunan (CRT) yang diterimanya semasa bertugas di PPD. Beliau telah menggunakan CRT sebanyak 6 hari dan CRK sebanyak 4 hari sepanjang tahun 2018. (Andaian kelayakan CRK dan CRT pegawai masing-masing adalah 10 hari setahun dan 25 hari setahun)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy