Kemudahan Cuti
22 6. Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Separuh Gaji untuk 14 hari pertama dalam satu tahun kalendar dan selebihnya diluluskan oleh kuasa melulus seperti di Jadual 1 di bawah tertakluk kuasa melulus tersebut adalah lebih tinggi dari tahap pegawai seperti berikut: Jadual 1: Penurunan Kuasa KPPA Kepada Kuasa Melulus yang lain Bil Kuasa Melulus 1. Ketua Setiausaha Kementerian; atau 2. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian; atau 3. Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK) Pengurusan Kementerian; atau 4. Ketua Pengarah. 7. Penambahbaikan ini berkuat kuasa mulai 16 Mac 2025 . TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 8. Ketua Jabatan hendaklah merekodkan kelulusan Cuti Separuh Gaji dalam rekod perkhidmatan pegawai. PEMBATALAN 9. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Perenggan 3 Lampiran D7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991: Cuti Separuh Gaji dan Perkara 3 Lampiran A, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985: Perwakilan Kuasa Dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Kepada Ketua Setiausaha Kementerian adalah dibatalkan . PEMAKAIAN 10. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy