Kemudahan Cuti

32  TANGGUNGJAWAB PEGAWAI 27. Pegawai hendaklah mengambil tindakan berikut: a. mengemukakan permohonan CTG mengikut pasangan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh mula bercuti menggunakan borang permohonan di Lampiran SR.5.1.4(A); b. mula bercuti mengikut pasangan mulai tarikh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus; c. mematuhi peraturan sebagai pegawai awam semasa dalam tempoh CTG mengikut pasangan; d. kembali bertugas setelah tamat CTG mengikut pasangan. Sekiranya pegawai gagal melapor diri sebaik sahaja tamat CTG atau pada tarikh yang telah diarahkan, tindakan tatatertib boleh dikenakan; e. sekiranya bercadang menyambung tempoh CTG berkenaan, permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tempoh CTG yang berkuat kuasa tamat; f. menyempurnakan ikatan perjanjian dengan Kerajaan (jika ada) apabila kembali bertugas; g. mengemaskini maklumat perhubungan seperti nombor telefon dan alamat tempat tinggal terkini kepada Ketua Jabatan; dan h. mendapatkan perlindungan insuran (jika perlu). KEKECUALIAN 28. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Ceraian ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mendapatkan pertimbangan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PEMBATALAN 29. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2016: Dasar Baharu Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikut Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negara adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy