21 CERAIAN SR.5.1.2 KEMUDAHAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan Cuti Separuh Gaji kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Cuti Separuh Gaji untuk pegawai adalah diperuntukkan melalui Perintah Am 13 dan 51 Bab C (Cuti), Perenggan 3 Lampiran D7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991: Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam 1991, Perkara 3 Lampiran A, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985: Perwakilan Kuasa Dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002: Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 - Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. 3. Bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan, Kerajaan bersetuju supaya perwakilan kuasa KPPA ditambah baik melalui pelaksanaan Surat Edaran JPA. (S)800-1/1/9 JLD.3(9) bertarikh 16 Mac 2025: Perwakilan Kuasa Pihak Berkuasa Melulus Kemudahan Cuti Di Bawah Kuasa Tertentu. PELAKSANAAN 4. Kemudahan Cuti Separuh Gaji diberikan atas sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat meliputi keluarga pegawai sendiri (isteri/ suami, anak kandung), anak angkat, anak pelihara, anak angkat de facto, anak tiri tanggungan, ibu bapa, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, ibu bapa mentua, adik-beradik, nenek dan datuk pegawai. 5. Kadar Cuti Separuh Gaji adalah maksimum 180 hari sepanjang perkhidmatan. Pegawai yang memohon Cuti Separuh Gaji perlu mempunyai perkhidmatan yang melayakkan, iaitu satu tahun perkhidmatan melayakkan 30 hari tempoh Cuti Separuh Gaji.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy