Kemudahan Cuti
17 ‘Lantikan tetap pertama’ bermaksud lantikan tetap pertama seseorang pegawai ke dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan. Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan Bagi Pegawai yang Dilantik ke Jawatan Lain 7. Mulai 1 Januari 2016, kadar kelayakan kemudahan Cuti Rehat tahunan pegawai yang dilantik ke jawatan lain adalah seperti yang berikut: (i) bagi pegawai yang bersetuju memilih kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan sebagaimana yang ditetapkan dalam PP Bil. 14/2008 dan dilantik ke jawatan lain yang kadar kelayakan cuti rehatnya adalah lebih tinggi , kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama atau lantikan tetap baharu , mana-mana yang lebih tinggi ; atau (ii) bagi pegawai yang bersetuju memilih kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan sebagaimana yang ditetapkan dalam PP Bil. 14/2008 dan tidak dilantik ke jawatan lain , kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama ; atau (iii) bagi pegawai yang kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan mengikut PP Bil. 4/2002 atau PP Bil. 20/2005 dan dilantik ke jawatan lain yang kadar kelayakan cuti rehatnya berkurangan , kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama ; atau (iv) bagi pegawai yang kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan mengikut PP Bil. 4/2002 atau PP Bil. 20/2005 dan dilantik ke jawatan lain yang kadar kelayakan cuti rehatnya adalah lebih tinggi , kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama atau lantikan tetap baharu , mana-mana yang lebih tinggi ; atau (v) bagi pegawai yang kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan mengikut PP Bil. 4/2002 atau PP Bil. 20/2005 dan tidak dilantik ke jawatan lain , kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama ; atau (vi) bagi pegawai lantikan tetap pertama yang dilantik mulai 1 Januari 2009 , sama ada dilantik atau tidak dilantik ke jawatan lain selepas itu, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama .
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy