Kemudahan Cuti

17  ‘Lantikan tetap pertama’ bermaksud lantikan tetap pertama seseorang pegawai ke dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan. Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan Bagi Pegawai yang Dilantik ke Jawatan Lain 7. Mulai 1 Januari 2016, kadar kelayakan kemudahan Cuti Rehat tahunan pegawai yang dilantik ke jawatan lain adalah seperti yang berikut: i. bagi pegawai yang bersetuju memilih kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan sebagaimana yang ditetapkan dalam PP Bil. 14/2008 dan dilantik ke jawatan lain yang kadar kelayakan cuti rehatnya adalah lebih tinggi, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama atau lantikan tetap baharu, mana-mana yang lebih tinggi; atau ii. bagi pegawai yang bersetuju memilih kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan sebagaimana yang ditetapkan dalam PP Bil. 14/2008 dan tidak dilantik ke jawatan lain, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama; atau iii. bagi pegawai yang kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan mengikut PP Bil. 4/2002 atau PP Bil. 20/2005 dan dilantik ke jawatan lain yang kadar kelayakan cuti rehatnya berkurangan, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama; atau iv. bagi pegawai yang kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan mengikut PP Bil. 4/2002 atau PP Bil. 20/2005 dan dilantik ke jawatan lain yang kadar kelayakan cuti rehatnya adalah lebih tinggi, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama atau lantikan tetap baharu, mana-mana yang lebih tinggi; atau v. bagi pegawai yang kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan mengikut PP Bil. 4/2002 atau PP Bil. 20/2005 dan tidak dilantik ke jawatan lain, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama; atau vi. bagi pegawai lantikan tetap pertama yang dilantik mulai 1 Januari 2009, sama ada dilantik atau tidak dilantik ke jawatan lain selepas itu, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy