160 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CUTI KECEDERAAN OBJEKTIF 1. Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam meneliti permohonan kemudahan Cuti Kecederaan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang tercedera semasa menjalankan tugasnya. PELAKSANAAN 2. Kemudahan Cuti Kecederaan diperuntukkan kepada pegawai lantikan tetap dan pegawai Lantikan Kontrak Interim (LKI). Pegawai tidak perlu disahkan dalam perkhidmatan atau bertaraf pencen. Syarat Cuti Kecederaan 3. Pegawai tercedera semasa menjalankan tugasnya yang menyebabkan pegawai tidak dapat hadir bertugas dan memerlukan tempoh untuk pulih. Definisi ‘tercedera semasa menjalankan tugas’ 4. Skop tafsiran ‘tercedera semasa menjalankan tugas’ merangkumi pegawai yang mengalami kecederaan dalam keadaan yang berikut: (i) kemalangan semasa menjalankan tugas jawatan atau tugas rasmi yang diarahkan di dalam atau di luar pejabat; atau (ii) kemalangan semasa perjalanan lazim pergi atau balik dari tempat bertugas; atau (iii) kemalangan yang berlaku dalam tempoh pegawai keluar pejabat dengan syarat yang berikut: (a) keluar pejabat dengan telah mendapat kebenaran dan akan kembali bertugas; dan (b) dalam tempoh keluar pejabat adalah atas tujuan yang tidak melibatkan sebarang aktiviti yang mendatangkan keuntungan sama ada dalam bentuk pulangan tunai atau faedah bukan kewangan (benefits in kind); atau
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy