Kemudahan Cuti

154  BIL. CTR KELOMPOK SYARAT KHUSUS TEMPOH Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti). 9. Lawatan Kebudayaan Di Luar Negeri (i) Diberikan kepada pegawai yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam lawatan kebudayaan di luar negeri; (ii) Anjuran Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Komunikasi atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; dan (iii) Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti). Bilangan hari mengikut tempoh yang diperlukan bagi lawatan kebudayaan tersebut maksimum 20 hari dalam satu (1) tahun kalendar. 10. Pertandingan Musabaqah AlQuran (i) Diberikan kepada pegawai yang menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz AlQuran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sebagai peserta atau pembimbing; dan (ii) Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti). i. Diberikan bagi tempoh yang diperlukan untuk menyertai dan mengambil bahagian dalam majlis berkenaan Pertandingan Musabaqah Al-Quran termasuk perjalanan pergi dan balik. ii. Bilangan hari maksimum 20 hari dalam satu (1) tahun kalendar. 11. Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) (i) Diberikan kepada pegawai yang dilantik sebagai jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN); Bilangan hari adalah mengikut tempoh sebenar program termasuk perjalanan pergi dan balik, maksimum 20 hari dalam satu (1) tahun kalendar.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy