Kemudahan Cuti

142  “aktiviti khidmat masyarakat” bermaksud kegiatan atau kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara sukarela yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara; “anak angkat” bermaksud seseorang anak yang telah dibenarkan oleh Mahkamah untuk diangkat atau diangkat semula; “anak angkat de facto ” bermaksud seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh pegawai sebagai anaknya di bawah sesuatu pengangkatan de facto , dan bagi suatu tempoh tidak kurang daripada dua (2) tahun yang berterusan dan sebelum sahaja dari tarikh permohonan tersebut di bawah seksyen 6, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [ Akta 253 ]; “anak kandung” bermaksud anak sendiri; “anak pelihara” bermaksud seseorang kanak-kanak yang diberi pemeliharaan, jagaan dan kawalan kepada ibu bapa peliharaan di bawah perenggan 30(1)(e) Akta Kanak-kanak 2001 [ Akta 611 ]; “anak tiri tanggungan” bermaksud anak kepada suami atau isteri hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu (bukan darah daging sendiri) yang tinggal bersama dan ditanggung nafkahnya; “bapa angkat” bermaksud bapa kepada anak angkat seperti diperuntukkan di bawah Akta 257; “bapa mentua” bermaksud bapa kepada isteri atau suami yang sah; “bapa tiri” bermaksud suami ibu yang bukan merupakan bapa kandung pegawai; “datuk” bermaksud bapa kandung kepada ibu kandung atau bapa kandung pegawai; “ibu angkat” bermaksud ibu kepada anak angkat seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 257; “ibu mentua” bermaksud ibu kepada isteri atau suami yang sah; “ibu tiri” bermaksud isteri bapa yang bukan merupakan ibu kandung pegawai;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy