Kemudahan Cuti

152  mempunyai baki CTR Kelompok sebanyak sembilan (9) hari pada tahun 2024. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan CTR Kelompok Isteri Bersalin bagi Encik Rais sebanyak sembilan (9) hari pada tahun 2024 dan sembilan (9) hari lagi pada tahun 2025. Penggunaan CTR Kelompok Isteri Bersalin ini dikira sebagai satu kali penggunaan kerana diambil secara berterusan walaupun melangkau tahun. 12. Puan Hajar yang bertugas di Kementerian S telah diluluskan CTR Aktiviti Khidmat Masyarakat selama lima (5) hari di Perak anjuran PUSPANITA pada bulan Mac 2024. Pada 15 Disember 2024 (setelah CTR Kelompok dikuat kuasa), Puan Hajar memohon untuk menggunakan CTR Kelompok Aktiviti Khidmat Masyarakat selama lima (5) hari lagi bagi mengikuti program kemasyarakatan di Melaka anjuran Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD). Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan CTR Kelompok Aktiviti Khidmat Masyarakat selama lima (5) hari tanpa mengambil kira CTR Aktiviti Khidmat Masyarakat yang telah digunakan pada Mac 2024. 13. Dr. Rina merupakan seorang pegawai di Jabatan X dan melaksanakan tugas sebagai pegawai kewangan. Beliau mempunyai PhD dalam bidang sekuriti makanan dan telah dijemput sebagai salah seorang pembentang di Persidangan Keterjaminan Makanan Antarabangsa di Jepun. Dr. Rina memohon untuk menggunakan CTR Kelompok Sumbangan Ilmu Peringkat Antarabangsa selama lima (5) hari. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan CTR Kelompok Sumbangan Ilmu Peringkat Antarabangsa selama lima (5) hari kepada Dr. Rina tertakluk kepada baki CTR Kelompok dan syarat-syarat yang ditetapkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy