Kemudahan Cuti

151  2025, dan dua (2) hari lagi iaitu pada 17 hingga 18 Julai 2025. Puan Ara bercadang untuk menaiki kenderaan sendiri untuk hadir ke mahkamah tersebut. Puan Ara ingin memohon CTR Kelompok Hadir Mahkamah Luar Ibu Pejabat selama 10 hari kerana beliau belum lagi menggunakan kelayakan CTR Kelompok bagi tahun 2025. Berdasarkan peraturan berkuat kuasa, Puan Ara hanya berkelayakan memohon CTR Kelompok selama lapan (8) hari sahaja iaitu empat (4) hari bagi tempoh sebenar di sapina dan empat (4) hari bagi perjalanan pergi dan balik. 9. Anak Puan Combi disahkan oleh pegawai perubatan menghidap penyakit berjangkit chickenpox dan perlu dikuarantin selama 10 hari mulai 17 hingga 26 Februari 2025. Puan Combi ingin menggunakan lima (5) hari kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan (CMAKP) dan ingin memohon lima (5) hari lagi kemudahan CTR Kelompok Menjaga Ahli Keluarga Sakit. Bagi anak yang menghidapi penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin, pegawai hanya layak memohon CMAKP maksimum lima (5) hari. Bagi baki lima (5) hari lagi kemudahan CTR Kelompok Menjaga Ahli Keluarga Sakit adalah tidak terpakai. 10. Puan Raudah bertugas di Kedah sebagai pegawai audit di Jabatan M. Suami beliau menghidap penyakit jantung dan telah dimasukkan ke wad selama 60 hari. Puan Raudah ingin memohon CTR Kelompok Menjaga Ahli Keluarga Sakit selama 20 hari daripada Ketua Jabatan kerana beliau belum menggunakan kelayakan CTR Kelompok pada tahun berkenaan. Selain itu, beliau juga ingin memohon Cuti Separuh Gaji selama 40 hari untuk menjaga suami beliau. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan permohonan Puan Raudah sebanyak 20 hari bagi menjaga ahli keluarga sakit. Ketua Jabatan juga boleh meluluskan Cuti Separuh Gaji beliau sebanyak 40 hari untuk menjaga suami yang sakit tertakluk kepada kelayakan Cuti Separuh Gaji beliau. 11. Encik Rais bertugas di Jabatan P. Isteri beliau telah bersalin pada 23 Disember 2024. Encik Rais telah menggunakan kemudahan CTR Isteri Bersalin sebanyak empat (4) kali sepanjang perkhidmatan. Beliau memohon untuk menggunakan CTR Kelompok Isteri Bersalin selama 18 hari bermula 23 Disember 2024 hingga 9 Januari 2025 bagi kali kelima (5). Beliau

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy