150 Lampiran SR.5.7.1(B) SIMULASI CTR KELOMPOK 1. Encik Khairul merupakan pegawai yang berkhidmat di Jabatan A. Beliau telah diluluskan Cuti Isteri Bersalin selama lapan (8) hari mulai 6 hingga 13 Februari 2025. Pada Jun 2025, beliau telah diluluskan Cuti Umrah selama 11 hari mulai 2 hingga 12 Jun 2025. Pada bulan September 2025, Encik Khairul memohon untuk menggunakan CTR Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat selama lima (5) hari. Oleh kerana Encik Khairul telah menggunakan 19 hari CTR Kelompok, maka Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan satu (1) hari CTR Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat kepada Encik Khairul. Bagi tempoh empat (4) hari lagi yang dimohon tersebut, En. Khairul perlu menggunakan Cuti Rehat/ Cuti Rehat Khas/ Cuti Tanpa Gaji yang berkelayakan. 2. Encik Rayyan bertugas sebagai pegawai kewangan di Jabatan M. Beliau telah diluluskan CTR Isteri Bersalin sebanyak lima (5) hari dan CTR Program Pertukaran Peringkat Antarabangsa sebanyak 10 hari. Beliau juga ingin memohon CTR Menjaga Ahli Keluarga Sakit sebanyak lima (5) hari. Ketua Jabatan boleh meluluskan permohonan CTR tersebut kerana beliau masih mempunyai baki CTR Kelompok sebanyak lima (5) hari. 3. Pn. Amirah yang bertugas sebagai pegawai kaunseling di Kementerian Y telah menggunakan CTR Kelompok sebanyak 20 hari sehingga bulan Julai 2025. Pada 13 hingga 15 Oktober 2025, Pn. Amirah yang merupakan ahli persatuan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) telah mengikuti Seminar Pemakanan Sihat Bagi Mengelakkan Penyakit Kanser Ovari yang diadakan di MAKNA Kuala Lumpur selama tiga (3) hari. Permohonan ini boleh diluluskan oleh Ketua Jabatannya kerana CTR Menghadiri Aktiviti Pertubuhan/ Persatuan merupakan CTR yang berasingan daripada CTR Kelompok. Oleh itu kelulusan adalah berdasarkan kadar dan syarat sepertimana CTR Menghadiri Aktiviti Pertubuhan/ Persatuan tersebut.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy