Kemudahan Cuti

145  BIL. CTR KELOMPOK SYARAT KHUSUS TEMPOH iv. Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti). 15. Menghadiri Mesyuarat/ Bengkel/ Seminar Anjuran Pihak Pekerja MBK i. Diberikan kepada pegawai atau ahli Pihak Pekerja Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) bagi menghadiri aktiviti yang dianjurkan oleh Pihak Pekerja MBK; ii. Mendapat jemputan daripada Pengerusi/ Setiausaha Pihak Pekerja MBK bagi menghadiri mesyuarat, bengkel dan seminar anjuran Pihak Pekerja MBK; dan iii. Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti). Bilangan hari adalah mengikut tempoh sebenar program maksimum 20 hari dalam satu (1) tahun kalendar. 16. Hari Mengundi i. Diberikan kepada pegawai bagi tujuan mengundi; ii. Pegawai merupakan pemilih berdaftar bagi Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK); dan iii. Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti). Bilangan hari adalah pada tarikh sebenar pegawai mengundi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy