135 (iii) boleh diluluskan bagi tempoh sebenar mesyuarat dijalankan termasuk perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti dijalankan. 5. Senarai persatuan yang telah diiktiraf oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam adalah seperti di Lampiran SR.5.5.9(A) dan pindaannya dari semasa ke semasa. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 6. Ketua Jabatan hendaklah merekodkan kelulusan Cuti Tanpa Rekod Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan/ Luar Biasa Persatuan Ikhtisas dalam rekod perkhidmatan Kerajaan. PEMBATALAN 7. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1977, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1981, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1981, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1983, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1984, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1986 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007 adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 8. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy