Kemudahan Cuti

134  CERAIAN SR.5.5.9 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN/LUAR BIASA PERSATUAN IKHTISAS TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan peraturan berkaitan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi menghadiri persatuan bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Perintah Am 45 Bab C (Cuti) telah memperuntukkan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi pegawai perkhidmatan awam menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa persatuan ikhtisas. 3. Bagi tujuan pelaksanaan, kemudahan ini telah diperjelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1977 berserta senarai Persatuan-persatuan Ikhtisas yang diluluskan. Senarai Persatuan-persatuan Ikhtisas ini telah dipinda dari semasa ke semasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1981, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1981, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1983, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1984, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1986 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007. PELAKSANAAN 4. Tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan, kemudahan ini diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan awam yang memenuhi syarat dan mengikut peraturan berikut: (i) pegawai merupakan ahli persatuan ikhtisas yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 atau pertubuhan yang mempunyai akta penubuhan sendiri atau undang-undang khusus lain yang berkuat kuasa di dalam negara dan diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; (ii) bagi menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ikhtisas dan Mesyuarat Agung Luar Biasa yang dipanggil menurut undang-undang tubuh persatuan masing-masing; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy