132 (ii) diberikan kepada Ahli-ahli Kesatuan Sekerja untuk menghadiri: (a) Mesyuarat Agung Tahunan/Luar Biasa di peringkat Kebangsaan; dan/atau (b) Persidangan Perwakilan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa yang diadakan di dalam negeri. (iii) diberikan sebanyak 16 hari setahun termasuk perjalanan pergi dan balik ke tempat program; (iv) bagi perkara di (i) dan (ii) di atas hendaklah diluluskan oleh Ketua Jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan; (v) Cuti Tanpa Rekod tidak boleh diberi untuk pegawai Kesatuan Sekerja yang menjalankan urusan Kesatuan Sekerja; (vi) Pegawai kesatuan Sekerja yang menghadiri kursus-kursus latihan atau persidangan Kesatuan Sekerja yang diadakan di luar Negara, Cuti Tanpa Rekod ini hendaklah diluluskan oleh kuasa melulus seperti di Jadual 1 di bawah tertakluk kuasa melulus tersebut adalah lebih tinggi dari tahap pegawai seperti berikut: Jadual 1: Penurunan Kuasa KPPA Kepada Kuasa Melulus yang lain Bil Kuasa Melulus 1. Ketua Setiausaha Kementerian; atau 2. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian; atau 3. Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK) Pengurusan Kementerian; atau 4. Ketua Pengarah. (vii) penambahbaikan ini berkuat kuasa mulai 16 Mac 2025.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy