Kemudahan Cuti

131  CERAIAN SR.5.5.8 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENGHADIRI KURSUS KEPIMPINAN BELIA DAN BINA SEMANGAT DAN KURSUS KESATUAN SEKERJA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menghadiri Kursus Kepimpinan Belia dan Bina Semangat dan Kursus Kesatuan Sekerja. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi pegawai Perkhidmatan Awam menghadiri kursus Kepimpinan Belia dan Bina Semangat anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan menghadiri Kursus Kesatuan Sekerja yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia telah diperuntukkan melalui Perintah Am 42(b) Bab C (Cuti). Kemudahan ini juga dinyatakan dalam Perkara 7, Lampiran A Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985: Perwakilan Kuasa Dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Kepada Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA(S)177/4/3 Klt.2/(60) bertarikh 25 Januari 1985 kepada Persatuan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Sektor Awam (CUEPACS) dan Surat Edaran JPA.(S)8001/1/9 JLD.3 (9) bertarikh 16 Mac 2025: Penurunan Kuasa Pihak Berkuasa Melulus Kemudahan Cuti Di bawah Kuasa Tertentu. PELAKSANAAN 3. Pelaksanaan kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini adalah seperti berikut: (i) diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam untuk menghadiri: (a) Kursus Kepimpinan Belia dan Bina Semangat anjuran Kementerian Belia dan Sukan; dan/atau (b) Kursus Kesatuan Sekerja yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy