137 BIL. CTR KELOMPOK SYARAT KHUSUS TEMPOH Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am; vii. Mengemukakan salinan dokumen pengesahan kematian ahli keluarga terdekat apabila pegawai kembali bertugas; viii. Kemudahan ini turut terpakai kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang diarah bertugas semasa cuti penggal persekolahan atau bertugas semasa penggal persekolahan; dan ix. Hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti). 3. Menjaga Ahli Keluarga Sakit i. Diberikan kepada pegawai bagi tujuan menjaga ahli keluarga yang sakit; ii. Bagi tujuan kemudahan ini, keluarga meliputi keluarga pegawai sendiri (isteri/suami dan anak-anak), ibu kandung, ibu angkat, ibu mentua, ibu tiri, bapa kandung, bapa angkat, bapa mentua, bapa tiri, adik-beradik, nenek dan datuk kepada pegawai. Istilah anak termasuk anak kandung, anak angkat yang sah di sisi undang-undang, anak angkat de facto, anak pelihara dan anak tiri tanggungan; Bilangan hari yang boleh diambil adalah di antara satu (1) hingga 20 hari dalam satu (1) tahun kalendar.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy