Kemudahan Cuti

124  (c) tambahan cuti yang diperlukan lebih daripada 32 hari hendaklah diluluskan oleh kuasa melulus seperti di Jadual 1 di bawah tertakluk kuasa melulus tersebut adalah lebih tinggi dari tahap pegawai seperti berikut: Jadual 1: Penurunan Kuasa KPPA Kepada Kuasa Melulus yang lain Bil Kuasa Melulus 1. Ketua Setiausaha Kementerian; atau 2. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian; atau 3. Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK) Pengurusan Kementerian; atau 4. Ketua Pengarah. (d) penambahbaikan ini berkuat kuasa mulai 16 Mac 2025. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 4. Ketua Jabatan hendaklah merekodkan kelulusan Cuti Tanpa Rekod bagi menghadiri Latihan Pasukan Sukarela pegawai dalam rekod perkhidmatan Kerajaan. PEMBATALAN 5. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Perkara 6, Lampiran A, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985: Perwakilan Kuasa Dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Kepada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy