Kemudahan Cuti

123  CERAIAN SR.5.5.2 KEMUDAHAN CUTI LATIHAN PASUKAN SUKARELA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan cuti tanpa rekod bagi menghadiri Latihan Pasukan Sukarela kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 1. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Latihan Pasukan Sukarela bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah diperuntukkan melalui Perintah Am 41 Bab C (Cuti). 2. Perkara 6, Lampiran A, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985: Perwakilan Kuasa Dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Kepada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian telah menurunkan kuasa melulus bagi Cuti Tanpa Rekod ini yang melebihi 32 hari daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada Ketua Setiausaha. Bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan, Kerajaan bersetuju supaya perwakilan kuasa KPPA ditambah baik melalui pelaksanaan Surat Edaran JPA. (S)8001/1/9 JLD.3(9) bertarikh 16 Mac 2025: Penurunan Kuasa Pihak Berkuasa Melulus Kemudahan Cuti Di bawah Kuasa Tertentu. PELAKSANAAN 3. Pelaksanaan kemudahan Cuti Latihan Pasukan Sukarela adalah seperti yang berikut: (a) diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang menjadi ahli Pasukan Sukarela seperti di Lampiran SR.5.5.2(A) dan pindaannya yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa; (b) diberikan sebanyak 32 hari setahun termasuk perjalanan pergi dan balik ke latihan atau khemah tahunan; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy