132 Bil. CTR Kelompok Kaedah Penggunaan 11. Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 12. Aktiviti Khidmat Masyarakat 13. Sumbangan Ilmu Peringkat Antarabangsa 14. Program Pertukaran Peringkat Antarabangsa 15. Menghadiri mesyuarat/ bengkel/ seminar anjuran Pihak Pekerja MBK 16. Hari Mengundi 17. Rawatan Hemodialisis 18. Perayaan (Good Friday, Deepavali, Christmas Eve, Hari Raya Haji Kedua dan Thaipusam) 7. Syarat umum pemberian CTR Kelompok adalah seperti berikut: a) bilangan hari CTR Kelompok adalah maksimum 20 hari satu (1) tahun kalendar tertakluk kepada syarat khusus di Lampiran SR.5.7.1(A); b) pegawai layak memohon CTR tertakluk kepada baki CTR Kelompok; c) tempoh cuti termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am; d) sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi maksimum 20 hari atas sebabsebab tertentu, maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang berkelayakan; dan e) kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pertimbangan Ketua Jabatan. Ketua Jabatan hendaklah mengambil kira keperluan dan kepentingan perkhidmatan dalam mempertimbangkan/ meluluskan permohonan kemudahan ini. Ketua Jabatan boleh memanggil balik pegawai jika ketiadaan pegawai di tempat kerja boleh memudaratkan keselamatan negara atau kepentingan awam. 8. Contoh simulasi CTR Kelompok adalah seperti di Lampiran SR.5.7.1(B). 9. Borang permohonan CTR Kelompok adalah seperti di Lampiran SR.5.7.1(C).
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy