xiv Bil. Ceraian (Tarikh Kemas kini /Batal) Asal Pindaan (iii) Cuti Sakit Lanjutan secara separuh gaji yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut: (a) tidak melebihi 90 hari bagi tempoh satu (1) tahun kalendar; dan (b) dengan perakuan Lembaga Perubatan bahawa pegawai masih tidak sihat untuk bertugas dan ada harapan untuk sembuh. (iv) sekiranya pegawai masih lagi tidak sihat selepas habis menggunakan 90 hari Cuti Sakit Lanjutan secara separuh gaji dalam tempoh satu (1) tahun kalendar, pegawai boleh diberikan Cuti Sakit Lanjutan secara tanpa gaji seperti berikut: (a) tidak melebihi 90 hari bagi tempoh satu (1) tahun kalendar; (b) dengan perakuan Lembaga Perubatan bahawa pegawai masih tidak sihat untuk bertugas dan ada harapan untuk sembuh; dan (c) diberikan Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji pokok. (v) kuasa meluluskan Cuti Sakit Lanjutan secara separuh gaji dan Cuti Sakit Lanjutan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy