Kemudahan Cuti
118 PELAKSANAAN Tafsiran 5. Dalam Ceraian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: ‘ahli jawatankuasa penganjur/pengelola’ bermaksud pegawai yang menjadi ahli jawatankuasa induk yang ditubuhkan bagi mengurus, melaksana dan mengawal penganjuran/pengelolaan sukan; ‘atlet’ bermaksud pegawai yang dipilih oleh badan sukan untuk bertanding dalam pertandingan sukan; ‘badan sukan’ bermaksud badan sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 [ Akta 576 ]; ‘jurulatih’ bermaksud pegawai yang dilantik oleh badan sukan untuk melatih dan menyediakan pasukan bagi latihan atau pertandingan sukan; ‘pegawai’ bermaksud Pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik secara tetap, sementara dan kontrak ( Contract Of Service ); ‘pegawai sukan’ bermaksud pegawai yang dilantik oleh badan sukan untuk mengurus, menyedia, mengelola dan membantu pengurusan jawatankuasa penganjur/pengelola atau pasukan/kontinjen termasuk penyediaan atlet bagi menyertai latihan atau pertandingan sukan; ‘pegawai teknikal sukan’ bermaksud pegawai yang dilantik oleh badan sukan untuk menguat kuasa dan melaksana peraturan pertandingan dalam kejohanan/pertandingan sukan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh badan penganjur/pengelola sukan; ‘pertandingan sukan’ bermaksud sukan yang dipertandingkan di peringkat Kebangsaan dan/atau Antarabangsa; ‘sukan’ bermaksud sukan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Pembangunan Sukan 1997 [ Akta 576 ]; dan ‘sukarelawan sukan’ bermaksud pegawai yang dipilih oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), penganjur/pengelola atau badan sukan untuk membantu pelaksanaan pertandingan sukan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy