Kemudahan Cuti

119  7. Pegawai yang layak adalah seperti berikut: (i) Atlet; (ii) Jurulatih; (iii) Pegawai Sukan seperti di Lampiran SR.5.5.1(A); dan (iv) Pegawai Teknikal seperti di Lampiran SR.5.5.1(B). 8. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod juga diberikan kepada pegawai yang menjadi Ahli Jawatankuasa Penganjur/Pengelola Sukan di peringkat Kebangsaan dan/atau Antarabangsa bagi menghadiri mesyuarat jawatankuasa yang diadakan sebelum atau selepas pertandingan sukan. Pegawai boleh dibenarkan meninggalkan pejabat atau tugasnya dalam waktu pejabat jika dikehendaki berbuat demikian bagi sebahagian hari bekerja biasa tetapi bukan bagi sepenuh hari bekerja biasa. 9. Cuti Tanpa Rekod diberikan oleh Ketua Jabatan tidak melebihi 30 hari setahun. 10. Sekiranya cuti diperlukan melebihi 30 hari, permohonan hendaklah diluluskan oleh kuasa melulus seperti di Jadual 1 di bawah tertakluk kuasa melulus tersebut adalah lebih tinggi dari tahap pegawai seperti berikut: Jadual 1: Penurunan Kuasa KPPA Kepada Kuasa Melulus yang lain Bil Kuasa Melulus 1. Ketua Setiausaha Kementerian; atau 2. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian; atau 3. Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK) Pengurusan Kementerian; atau 4. Ketua Pengarah. 11. Tempoh 30 hari setahun adalah termasuk latihan intensif dan perjalanan pergi dan balik yang perlu dibuat bagi pertandingan sukan. 12. Cuti Tanpa Rekod bagi pegawai yang dilantik sebagai Sukarelawan Sukan adalah mengikut tarikh jadual bertugas yang ditetapkan oleh penganjur/pengelola dan tidak melebihi 30 hari setahun. 13. Pegawai boleh mengambil bahagian dalam pertandingan sukan tidak lebih daripada tiga (3) jenis sukan sahaja dalam setahun bagi membolehkan lebih ramai lagi pegawaipegawai Kerajaan mendapat peluang menyertai pertandingan sukan tersebut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy