114 CERAIAN SR.5.4.9 KEMUDAHAN CUTI SAKIT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan Cuti Sakit kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Cuti Sakit untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah diperuntukkan melalui Perintah Am 17 Bab C (Cuti), Perkara 4, Lampiran A Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985: Perwakilan Kuasa Dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Kepada Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Lampiran D4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991: Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam 1991, Lampiran C7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002: Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan, Lampiran F2, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024: Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Surat Edaran JPA. (S)800-1/1/9 JLD.3(9) bertarikh 16 Mac 2025: Perwakilan Kuasa Pihak Berkuasa Melulus Kemudahan Cuti Di Bawah Kuasa Tertentu. PELAKSANAAN 3. Pelaksanaan kemudahan Cuti Sakit adalah seperti yang berikut: (i) Diberikan kepada pegawai yang telah disahkan tidak sihat untuk bertugas oleh Pegawai Perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan atau oleh seorang ahli Panel Doktor; (ii) Pengesahan tidak sihat hendaklah dibuktikan dengan sijil sakit; (iii) jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar dengan ketetapan seperti berikut:
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy