Kemudahan Cuti
104 (iv) memastikan CTR yang diluluskan direkodkan dalam buku rekod perkhidmatan pegawai. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI 7. Tanggungjawab pegawai adalah — (i) mendapatkan kelulusan bertulis daripada Ketua Jabatan untuk mengikuti pengajian secara separuh masa; dan (ii) mengemukakan permohonan untuk menggunakan kemudahan CTR kepada Ketua Jabatan berserta surat arahan institusi pengajian yang mewajibkan pegawai menghadiri kursus intensif. PEMBATALAN 8. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.2.5: Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kursus Sambilan Kepada Pegawai Yang Mengikuti Pengajian Secara Sambilan Di Institusi Pengajian Tinggi Dalam Negara Versi 1.0 (2024) adalah dibatalkan. KECUALIAN 9. Semua kelulusan yang dibuat di bawah peraturan dan pekeliling yang telah dibatalkan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan dengan nyata. TARIKH KUAT KUASA 10. Ceraian ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 . PEMAKAIAN 11. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy