Kemudahan Cuti

103  (viii) kemudahan CTR ini tidak meliputi hari perjalanan pergi dan balik ke institusi pengajian; (ix) kemudahan CTR untuk mengikuti pengajian secara separuh masa adalah tertakluk kepada maksimum dua (2) kali pengajian secara separuh masa sepanjang tempoh perkhidmatan. Kelulusan CTR hanya boleh dipertimbangkan untuk kali kedua jika pegawai mengikuti peringkat pengajian akademik atau kemahiran yang lebih tinggi; (x) kemudahan CTR ini tidak boleh dibawa ke tahun hadapan, sekiranya pegawai tidak menggunakan kemudahan ini pada tahun semasa; (xi) kemudahan CTR ini juga tidak terpakai bagi tujuan menduduki peperiksaan yang hendaklah mengikut ketetapan dalam Ceraian SR.5.7.1: Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kelompok; dan (xii) kemudahan CTR ini bukan satu hak mutlak pegawai dan ia tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 6. Tanggungjawab Ketua Jabatan adalah — (i) mempertimbangkan dan meluluskan permohonan pegawai untuk mengikuti pengajian secara separuh masa tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (a) pegawai yang belum memulakan pengajian secara separuh masa; (b) pegawai yang sedang mengikuti pengajian secara separuh masa sama ada dalam tempoh perkhidmatannya atau sebelum dilantik dalam perkhidmatan awam; atau (c) pegawai yang sedang mengikuti pengajian secara separuh masa sebelum ditukar lantik dalam kumpulan perkhidmatan yang sama. (ii) mempertimbangkan dan meluluskan permohonan kemudahan CTR pegawai yang telah diluluskan untuk mengikuti pengajian secara separuh masa; (iii) memaklumkan kepada pegawai sama ada permohonan pegawai untuk mengikuti pengajian secara separuh masa dan/atau permohonan kemudahan CTR diluluskan atau tidak diluluskan; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy