Kemudahan Cuti

102  “pegawai” ertinya pegawai yang sedang berkhidmat yang dilantik secara tetap atau kontrak dalam perkhidmatan awam Persekutuan; “program yang diiktiraf” ertinya program pengajian berbentuk akademik atau kemahiran yang telah menerima perakuan pengiktirafan penuh yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran atau mana-mana badan yang diberikan kuasa oleh Kerajaan untuk mengeluarkan pengiktirafan bagi program pengajian berbentuk akademik atau kemahiran itu; dan “satu tahun kalendar” ertinya tempoh masa satu tahun mulai 1 Januari hingga 31 Disember pada tahun yang sama. PELAKSANAAN 5. Pegawai boleh dipertimbangkan kemudahan CTR bagi mengikuti kursus intensif tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut: (i) pengajian yang diikuti adalah program yang diiktiraf; (ii) pegawai telah memohon dan diberikan kelulusan untuk mengikuti pengajian secara separuh masa oleh Ketua Jabatan. Borang permohonan untuk mengikuti pengajian secara separuh masa adalah seperti di Lampiran SR.5.2.5(A); (iii) pegawai telah memohon dan diberikan kelulusan untuk menggunakan kemudahan CTR oleh Ketua Jabatan. Borang permohonan untuk menggunakan kemudahan CTR adalah seperti di Lampiran SR.5.2.5(B); (iv) tempoh CTR yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan adalah mengikut tempoh sebenar kursus intensif dengan syarat ia tidak melebihi 30 hari dalam satu tahun kalendar; (v) tempoh maksimum CTR bagi setiap permohonan boleh dihadkan oleh Ketua Jabatan bagi memastikan tugas hakiki pegawai tidak terganggu; (vi) sekiranya pegawai telah mengambil tempoh maksimum CTR dan masih memerlukan cuti tambahan, pegawai perlulah menggunakan baki cuti rehat yang masih ada ataupun memohon Cuti Tanpa Gaji bagi menampung perbezaan tempoh tersebut; (vii) sekiranya kursus intensif jatuh pada hari cuti umum, pegawai tidak boleh menuntut CTR sebagai gantian pada hari tersebut;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy