Kemudahan Cuti

101  CERAIAN SR.5.2.5 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA DI INSTITUSI PENGAJIAN DALAM NEGARA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan dengan kemudahan Cuti Tanpa Rekod (CTR) kepada pegawai yang mengikuti pengajian secara separuh masa di institusi pengajian dalam negara. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan CTR bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara telah diperuntukkan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2009. 3. Seiring dengan perkembangan semasa serta kepelbagaian dan kedinamikan kaedah pelaksanaan pengajian oleh institusi pengajian, Kerajaan bersetuju supaya peraturan berkaitan dengan kemudahan CTR bagi pegawai yang mengikuti pengajian secara separuh masa atau sambilan ditambah baik melalui Ceraian ini. TAFSIRAN 4. Bagi maksud pemakaian Ceraian ini — “ institusi pengajian ” ertinya mana-mana institusi yang menawarkan program yang diiktiraf; “kursus intensif” ertinya modul-modul termasuklah kuliah, tutorial, seminar, bengkel, kolokium atau latihan amal / latihan industri yang mewajibkan pegawai mengikutinya secara sepenuh masa dalam waktu bekerja sebagai sebahagian syarat bergraduat atau lulus sesuatu program yang diiktiraf, tetapi tidak termasuk bagi menduduki peperiksaan; “pengajian secara separuh masa” ertinya pengajian berbentuk akademik atau kemahiran yang diikuti oleh pegawai di luar waktu bekerja tanpa kemudahan cuti belajar;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy