104 (a) kelulusan Cuti Sakit bagi 90 hari pertama diluluskan oleh Ketua Jabatan; (b) kelulusan Cuti Sakit 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh kuasa melulus seperti di Jadual 1 di bawah tertakluk kuasa melulus tersebut adalah lebih tinggi dari tahap pegawai seperti berikut: Jadual 1: Penurunan Kuasa KPPA Kepada Kuasa Melulus yang lain Bil Kuasa Melulus 1. Ketua Setiausaha Kementerian; atau 2. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian; atau 3. Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK) Pengurusan Kementerian; atau 4. Ketua Pengarah. (iv) Penambahbaikan ini berkuat kuasa mulai 16 Mac 2025. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 4. Ketua Jabatan hendaklah merekodkan kelulusan Cuti Sakit dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai. PEMBATALAN 5. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006: Pindaan Peraturan Berkaitan Penerimaan Sijil Sakit Swasta Untuk Tujuan Meluluskan Kemudahan Cuti Sakit adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy