Kemudahan Cuti

xii Bil. Ceraian (Tarikh Kemas kini /Batal) Asal Pindaan 20. SR.5.4.7 (16 Mac 2025) PELAKSANAAN Pindaan: Perenggan 3 (e) Cuti Separuh Gaji tidak melebihi 12 bulan boleh diberi setelah tamatnya cuti di (b) hingga (d). Cuti ini hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha berdasarkan perwakilan kuasa yang diberikan kepadanya melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985 atau pindaannya; (f) Apabila semua cuti di (b) hingga (e) habis digunakan, tiada apa-apa cuti yang boleh diberi lagi melainkan atas budi bicara Kuasa Tertentu berdasarkan Laporan Lembaga Perubatan iaitu sama ada bergaji penuh atau separuh gaji atau anggota itu boleh dibersarakan daripada perkhidmatan. PELAKSANAAN Dipinda kepada: Perenggan 3 (v) Cuti Separuh Gaji tidak melebihi 12 bulan boleh diberi setelah tamatnya cuti di (ii) hingga (iv). Cuti ini hendaklah diluluskan oleh kuasa melulus seperti di Jadual 1 di bawah tertakluk kuasa melulus tersebut adalah lebih tinggi dari tahap pegawai seperti berikut: Jadual 1: Penurunan Kuasa KPPA Kepada Kuasa Melulus yang lain (vi) apabila semua cuti di (ii) hingga (v) habis digunakan, tiada apa-apa cuti yang boleh diberi lagi melainkan atas budi bicara kuasa yang diperwakilkan seperti di Jadual 1 di atas berdasarkan Laporan Lembaga Perubatan iaitu boleh mengambil apaapa cuti tambahan sama ada bergaji penuh atau separuh gaji atau anggota itu boleh dibersarakan daripada perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy