Kemudahan Cuti
79 Kategori Khusus Bil. Jenis Elaun Tujuan Pemberian Kaedah Pembayaran 1. Elaun Penempatan Dibayar kepada pegawai yang berpindah dengan pengesahan Ketua Jabatan bagi menampung tuntutan perjalanan, perbelanjaan penginapan semasa dalam perjalanan sebelum memasuki institusi pengajian atau sebelum mendapat rumah kediaman tetap serta lain-lain perbelanjaan runcit dalam perjalanan. Dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh penajaan. 2. Elaun Bantuan Keluarga Dibayar kepada pegawai yang diluluskan membawa keluarga seperti peruntukan di dalam Perintah Am Bab ‘B’ Perkara 26. Dibayar secara bulanan. 3. Elaun Bantuan Sewa Rumah Dibayar kepada pegawai yang diluluskan membawa keluarga seperti peruntukan di dalam Perintah Am Bab ‘B’ Perkara 26. Dibayar empat bulan sekali mengikut kadar berdasarkan lokasi institusi pengajian dan bilangan ahli keluarga yang tinggal bersama. 4. Elaun Akhir Pengajian Dibayar kepada pegawai bagi menampung tuntutan perjalanan, perbelanjaan upah mengangkut barang, membawa barang lebihan dan lain-lain perbelanjaan runcit semasa dalam perjalanan. Layak dibayar kepada pegawai yang menerima kemudahan Elaun Penempatan. Dibayar sekali sebelum tamat penajaan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy