Kemudahan Cuti
78 Lampiran SR.5.1.8(D) Kelayakan Elaun dan Kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa Kategori Umum Bil. Jenis Elaun Tujuan Pemberian Kaedah Pembayaran 1. Elaun Sara Hidup Membiayai sebahagian kos saraan/ keperluan asas harian pegawai berdasarkan kadar yang ditetapkan. Dibayar secara berkala mengikut kadar berdasarkan peringkat pengajian sehingga tamat tempoh tajaan atau sehingga tamat kursus, yang mana terdahulu. 2. Elaun Buku Membiayai sebahagian kos pembelian buku-buku pengajian. Dibayar sekali setahun mengikut kadar berdasarkan peringkat pengajian dan dibayar secara pro rata. 3. Elaun Alat Perkakas Membiayai sebahagian kos pembelian alat-alat perkakas berkaitan bidang pengajian. Dibayar sekali setahun mengikut kadar berdasarkan peringkat pengajian dan dibayar secara pro rata. 4. Yuran Pengajian Membiayai mata pelajaran yang diambil oleh pegawai secara sah mengikut pendaftaran bagi setiap semester di institusi yang dinyatakan di dalam surat tawaran.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy