Skim Perkhidmatan dan Perjawatan
v Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. 7. Sehubungan dengan itu, syarat memiliki kelayakan Bahasa Melayu merupakan dasar bagi pelantikan ke Perkhidmatan Awam. Oleh itu, calon yang dipertimbangkan untuk pelantikan sama ada secara tetap atau secara kontrak adalah tertakluk dengan syarat Lulus atau Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf mengikut skim perkhidmatan. 8. Kelulusan Bahasa Melayu yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan sebagai salah satu syarat kelayakan masuk tidak perlu diperoleh dalam satu peperiksaan yang sama dengan SPM yang menjadi syarat asas pelantikan yang ditetapkan oleh skim perkhidmatan berkenaan. Oleh itu, sekiranya calon yang memohon jawatan dalam perkhidmatan awam telah memiliki kelayakan sebagaimana ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkaitan, calon juga hendaklah memenuhi syarat Kepujian atau Lulus dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM. Seseorang calon itu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy