Skim Perkhidmatan dan Perjawatan

 25 13. Keputusan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat STPM yang diduduki semula boleh diambil kira dan tiada had tempoh ditentukan untuk keputusan kelayakan Bahasa Melayu ini. 14. Keputusan mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat STPM ini juga hendaklah diperoleh sebelum sesuatu pelantikan dilaksanakan bagi memenuhi syarat pelantikan yang ditetapkan bawah sesuatu skim perkhidmatan yang berkuat kuasa. Pengecualian Kelayakan Bahasa Melayu bagi Bekas Tentera dan Bekas Polis 15. Seseorang calon dari bekas tentera atau bekas polis dikecualikan syarat kelayakan Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SVM untuk lantikan ke skim-skim perkhidmatan tertentu. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu bagi Tujuan Pelantikan ke Perkhidmatan Awam bagi Calon yang Mendapat Pendidikan di Luar Negara 16. Bagi urusan pelantikan calon yang mendapat pendidikan pada peringkat menengah atas di luar negara kerana ibu atau bapanya termasuk ibu tiri atau bapa tiri atau penjaga yang sah bertugas di jabatan/agensi Kerajaan Malaysia di luar negara diberi pengecualian syarat kelayakan Bahasa Melayu tertakluk kepada syarat yang berikut: (i) calon berstatus warganegara Malaysia; dan (ii) calon menamatkan pendidikan menengah atas dalam tempoh perkhidmatan ibu atau bapanya termasuk ibu tiri atau bapa tiri atau penjaga yang sah di luar negara. 17. Sekiranya berjaya dilantik, calon hendaklah memperoleh kelayakan Bahasa Melayu sebagaimana yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkuatkuasa sebelum calon disahkan dalam jawatan. PEMBATALAN 18. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, maka Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran seperti di bawah adalah dibatalkan: (i) Perenggan 5 hingga 10, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SP.1.1.1 Syarat dan Kelayakan Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy