Skim Perkhidmatan dan Perjawatan
24 boleh diambil kira dan tiada had tempoh ditentukan untuk keputusan kelayakan Bahasa Melayu ini. 9. Walau bagaimanapun, keputusan Bahasa Melayu hendaklah diperoleh sebelum sesuatu pelantikan dilaksanakan bagi memenuhi syarat pelantikan yang ditetapkan bawah sesuatu skim perkhidmatan yang berkuat kuasa. 10. Tempoh perkhidmatan atau pengalaman kerja seseorang calon tidak boleh diambil kira bagi tujuan penggantian kelayakan Bahasa Melayu. Keputusan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Peringkat STPM Bagi Urusan Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam 11. Keputusan mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh diambil kira telah memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam sekiranya keputusan memenuhi kriteria seperti yang berikut: (i) Kelulusan Prinsipal mata pelajaran Bahasa Melayu bagi keputusan sebelum tahun 2003; atau (ii) Keputusan sekurang-kurangnya Gred C (Nilai Gred Mata Pelajaran 2.0) bagi keputusan mulai tahun 2003. 12. Keputusan dan penggredan mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat STPM mulai tahun 2003 adalah mengikut penetapan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) berdasarkan Jadual 2 seperti yang berikut: Jadual 2 Penggredan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) GRED NGMP KETERANGAN A 4.00 Lulus Penuh (Full Pass) A- 3.67 B+ 3.33 B 3.00 B- 2.67 C+ 2.33 C 2.00 C- 1.67 Lulus Sebahagian (Partial Pass/Subsidary Pass) D+ 1.33 D 1.00 F 0.00 Gagal (Fail)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy