Skim Perkhidmatan dan Perjawatan

 23 Jadual 1 Penggredan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SIJIL PENUH SPM SISTEM PENSIJILAN TERBUKA SEBELUM 1999 MULAI 1999 MULAI TAHUN 2009* GRED KETERANGAN GRED KETERANGAN GRED KETERANGAN A+ Cemerlang Tertinggi 1 Sangat Baik 1A Sangat Baik A Cemerlang Tinggi 2 2A A- Cemerlang 3 Kepujian 3B Kepujian B+ Kepujian Tertinggi 4 4B B Kepujian Tinggi 5 5C C+ Kepujian Atas 6 6C C Kepujian 7 Lulus 7D Lulus D Lulus Atas 8 8E E Lulus 9 Gagal 9G Gagal G Gagal T Tidak Hadir T Tidak Hadir T Tidak Hadir *termasuk keputusan Bahasa Melayu bagi SVM mulai tahun 2013 6. Keputusan dan penerangan seperti Jadual 1 diguna pakai dan tertakluk kepada sebarang perubahan yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Syarat Kelayakan Bagi Keputusan Bahasa Melayu 7. Kelayakan Bahasa Melayu merupakan syarat utama bagi semua urusan pelantikan seseorang calon ke Perkhidmatan Awam. Calon-calon yang hendak dilantik bagi semua skim perkhidmatan hendaklah memiliki keputusan sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SVM kecuali bagi skim perkhidmatan Pegawai Perubatan dan Askar-Lasykar Angkatan Tetap Angkatan Tentera Malaysia. Calon bagi skim perkhidmatan Pegawai Perubatan dan Askar-Lasykar Angkatan Tetap Angkatan Tentera Malaysia hanya perlu memiliki keputusan sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SVM. Pengiktirafan Bahasa Melayu Peringkat SPM 8. Kelulusan Bahasa Melayu yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan sebagai salah satu syarat kelayakan masuk tidak perlu diperoleh dalam satu peperiksaan yang sama dengan SPM yang menjadi syarat asas pelantikan yang ditetapkan oleh skim perkhidmatan berkenaan. Oleh itu, keputusan Bahasa Melayu yang diduduki semula

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy