Skim Perkhidmatan dan Perjawatan

 22 CERAIAN SP.1.1.2 KELAYAKAN BAHASA MELAYU BAGI TUJUAN PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan syarat kelayakan Bahasa Melayu bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam. LATAR BELAKANG 2. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Selaras dengan peruntukan tersebut, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 [ Akta 32 ] telah dikuatkuasakan mulai 11 April 1963. 3. Bagi memastikan dasar Bahasa Melayu selaku Bahasa Kebangsaan sentiasa terpelihara, Kerajaan telah menetapkan kelayakan Bahasa Melayu sebagai salah satu syarat kemasukan dalam Perkhidmatan Awam bagi semua skim perkhidmatan. PELAKSANAAN Keputusan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia 4. Bahasa Melayu bermaksud mata pelajaran Bahasa Melayu yang diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya. 5. Sehingga kini keputusan SPM boleh dibahagikan kepada tiga (3) keputusan yang berbeza mengikut tempoh pelaksanaan oleh pihak Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, termasuk keputusan Bahasa Melayu. Keputusan Bahasa Melayu di peringkat SPM dinilai berdasarkan Jadual 1 seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy