Skim Perkhidmatan dan Perjawatan
20 TINDAKAN PIHAK BERKUASA MELANTIK 23. Pihak Berkuasa Melantik (PBM) hendaklah mematuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan memasukkan kelayakan seperti yang ditetapkan dalam setiap iklan jawatan yang mensyaratkan kelulusan berkenaan khususnya bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan STPM, STAM, SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan sebagai syarat lantikan. TARIKH KUAT KUASA 24. Ceraian ini adalah berkuat kuasa mulai dari tarikh Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan seperti di perenggan 4 berkuat kuasa. PEMBATALAN 25. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2009: Pengiktirafan Kelayakan Ijazah Sarjana Dan/Atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010: Pindaan Kepada Lampiran A - Senarai Skim-Skim Perkhidmatan Yang Memperuntuk Syarat Lantikan Di Peringkat Ijazah Sanrjana Dan/Atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 26. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy