Skim Perkhidmatan dan Perjawatan

 19 Tahun Kelulusan Yang Diterima Bagi Tujuan Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam Syarat Pencapaian Gred/Peringkat Mata Pelajaran Mengikut Syarat Skim Perkhidmatan lulus sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia. Lulus Gred 7 atau Gred 8 1970 - 1980  Pangkat A, Pangkat B dan Pangkat C.  Pangkat S tertakluk calon lulus sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia. Kepujian Gred 6 dan ke atas. Lulus Gred 7 atau Gred 8 1981 - 1992 Pangkat A, Pangkat B dan Pangkat C. Kepujian Gred 6 dan ke atas. Lulus Gred 7 atau Gred 8 Kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 20. Kelayakan serta bidang SKM yang ditawarkan oleh institusi latihan awam dan swasta yang mana objektif utama adalah bagi keperluan pasaran industri. Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, peruntukan kelayakan SKM ini adalah berdasarkan kepada bidang-bidang yang dipersetujui pihak ketua-ketua perkhidmatan yang berkenaan mengambil kira kesesuaian kelayakan tersebut dalam melaksanakan skop fungsi bidang tugas yang diperlukan oleh perkhidmatan berkaitan. 21. Pada masa ini, Kerajaan bersetuju SKM Tahap 2 dan SKM Tahap 3 diperuntukkan sebagai salah satu syarat lantikan ke skim-skim perkhidmatan berkelayakan SPM yang telah dikenal pasti bersesuaian sebagai syarat Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP). 22. Penetapan kelayakan SKM ini mengambil kira bidang-bidang yang bersesuaian dengan skop tugas dalam skim perkhidmatan berkaitan. Senarai bidang yang bersesuaian berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) boleh dirujuk melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu https://www.jpa.gov.my/skim-perkhidmatan dari semasa ke semasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy