Skim Perkhidmatan dan Perjawatan
18 Syarat Kelulusan Bahasa Melayu Untuk Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam Syarat Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) Kepujian Sekurang-kurangnya Gred ‘C’ Lulus Sekurang-kurangnya Gred ‘E’ Kelayakan Peperiksaan Di Peringkat Tingkatan Tiga 19. Calon yang memiliki kelayakan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan tertakluk calon berkenaan memiliki keputusan seperti berikut: (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) [Dilaksanakan Mulai Tahun 2014] (a) memperoleh sekurang-kurangnya Gred ‘E’ dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik; dan (b) bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan ‘Kepujian’ dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu, calon hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berkenaan. (ii) Penilaian Menengah Rendah (PMR) [Dilaksanakan Mulai Tahun 1993] (a) memperoleh sekurang-kurangnya Gred ‘D’ dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik; dan (b) bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan ‘Kepujian’ dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu, calon hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berkenaan. (iii) Sijil Rendah Pelajaran (SRP) Tahun Kelulusan Yang Diterima Bagi Tujuan Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam Syarat Pencapaian Gred/Peringkat Mata Pelajaran Mengikut Syarat Skim Perkhidmatan 1967 - 1969 Pangkat A dan Pangkat B. Pangkat C tertakluk calon Kepujian Gred 6 dan ke atas.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy