Skim Perkhidmatan dan Perjawatan

 7 (vi) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1998 (SPP Bil. 1/1998); (vii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1986 (SPP Bil. 6/1986); dan (viii ) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1983 (SPP Bil. 2/1983). PELAKSANAAN Syarat Bahasa Melayu 5. Syarat kelayakan Bahasa Melayu bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam diperincikan dalam Ceraian SP.1.1.2. Kelayakan Peringkat Ijazah Kedoktoran, Ijazah Sarjana, Ijazah Serta Setaraf, Diploma Serta Setaraf dan Sijil Serta Setaraf 6. Skim-skim perkhidmatan telah menetapkan bahawa seseorang calon hendaklah mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebelum layak dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam. Kelayakan yang diiktiraf merupakan kelayakan yang telah diakreditasi dan diluluskan pengiktirafannya oleh Jawatan Kuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) atau Agensi Kelayakan Malaysia ( Malaysia Qualifications Agency , MQA) 1 . 7. Pengiktirafan serta nilai taraf kelayakan boleh disemak terus menerusi Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) [kelayakan yang diiktiraf sebelum 1 Januari 2017] atau Malaysia Qualification Register (MQR) [kelayakan yang diiktiraf mulai 1 Januari 2017]. 8. Bagi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar negara, kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia adalah berdasarkan eSisraf atau pengesahan pengiktirafan kelayakan luar negara oleh MQA. 9. Kerajaan telah bersetuju memberikan pengecualian dasar pengiktirafan ke atas Ijazah Sarjana dan/atau Ijazah Kedoktoran bagi tujuan pelantikan dalam Perkhidmatan Awam tertakluk Institut Pengajian Tinggi (IPT)/universiti tersebut turut menawarkan kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan serta calon memenuhi syarat lantikan yang berkuat kuasa. Skim-skim perkhidmatan yang memperuntukkan 1 Pengiktirafan kelayakan oleh MQA adalah mulai 1 Januari 2017.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy