Skim Perkhidmatan dan Perjawatan
7 perkhidmatan berkaitan, calon juga hendaklah memenuhi syarat Kepujian atau Lulus dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM. Seseorang calon itu dianggap mempunyai kelulusan Bahasa Melayu di peringkat Lulus ataupun Kepujian dalam peperiksaan SPM dengan menunjukkan bukti bahawa ia telah memperolehi kelulusan tersebut. 9. Calon yang memiliki kelulusan Prinsipal dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf boleh dianggap memenuhi syarat Bahasa Melayu yang ditetapkan dalam skim-skim perkhidmatan bagi pelantikan ke Perkhidmatan Awam. 10. Kelulusan peringkat Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau setaraf boleh dianggap sebagai memenuhi syarat kelulusan Bahasa Melayu yang ditetapkan dalam skim-skim perkhidmatan Kumpulan Pelaksana yang menetapkan kelulusan peringkat Kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SRP/PMR/PT3 atau setaraf. Kelayakan Peringkat Ijazah Kedoktoran, Ijazah Sarjana, Ijazah Serta Setaraf, Diploma Serta Setaraf dan Sijil Serta Setaraf 11. Skim-skim perkhidmatan telah menetapkan bahawa seseorang calon hendaklah mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebelum layak dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam. Kelayakan yang diiktiraf merupakan kelayakan yang telah diakreditasi dan diluluskan pengiktirafannya oleh Jawatan Kuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) atau Agensi Kelayakan Malaysia ( Malaysia Qualifications Agency , MQA) 1 . 12. Pengiktirafan serta nilai taraf kelayakan boleh disemak terus menerusi Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) [kelayakan yang diiktiraf sebelum 1 Januari 2017] atau Malaysia Qualification Register (MQR) [kelayakan yang diiktiraf mulai 1 Januari 2017]. 13. Bagi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar negara, kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia adalah berdasarkan eSisraf atau pengesahan pengiktirafan kelayakan luar negara oleh MQA. 14. Kerajaan telah bersetuju memberikan pengecualian dasar pengiktirafan ke atas Ijazah Sarjana dan/atau Ijazah Kedoktoran bagi tujuan pelantikan dalam Perkhidmatan Awam tertakluk Institut Pengajian Tinggi (IPT)/universiti tersebut turut menawarkan kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan serta calon memenuhi 1 Pengiktirafan kelayakan oleh MQA adalah mulai 1 Januari 2017.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy